SUKAN DAN PERPADUAN

  


 Assalamualaikum dan pembuka bicara, Tuan-tuan dan Puan-puan. Kami akan menceritakan sukan dan perpaduan bagi mengeratkan hubungan antara kaum. 

PENGENALAN 

              Sukan ialah suatu aktiviti riadah yang paling sesuai dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat di negara kita ini. Di negara Malaysia ini terdapat pelbagai jenis sukan dari pelbagai jenis kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India. Antara permainan kaum melayu ialah Congkak yang merupakan sejenis permainan tradisi yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau dalam pertandingan.Seterusnya,antara permainan kaum cina pula ialah Yo-Yo Cina atau dikenali sebagai Diabolo. Permainan ini mempunyai dua cakera yang sama saiz dihubungkan oleh gandar yang panjang dan akan berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu yang kecil.Selain itu, permainan Xiang Oi iatu permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain.Permainan yang terakhir dari kaum cina ini adalah Go.Go adalah sebuah permainan berpapan berstrategi untuk dua orang pemain. Akhir sekali,antara permainan yang sering dimainkan oleh kaum india ialah Karom di mana permainan karom ini menjadikan aktiviti harian bila-bila masa sahaja bagi mengisi masa lapang yang terluang.Seterusnya permainan Kho-kho’ iaitu permainan tradisional yang popular dalam kalangan kaum India.Permainan terakhir ialah Kabaddi yang berasal dari India dan satu satunya permainan sangat terkenal di Asia. Impak positif penglibatan sukan kepada individu ialah mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah serta mereka akan berasa puas dapat melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Masa lapang sebenarnya amat berharga bagi diri seseorang atau masyarakat. Hal ini demikian kerana ‘masa itu emas’ walaupun hanya ada beberapa mini, masa itu sangat berharga.  Masa lapang ini sangat bermanfaat jika digunakan bagi mengurangkan stres serta melegakan ketegangan. Bagi golongan remaja pula, mereka dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral,gejala vandalisma dan membuang masa dengan sia-sia seperti melepak dan merokok. Ada sesetengah kajian membuktikan bahawa perpaduan masyarakat kita boleh dipupuk menerusi acara sukan atau permainan yang diadakan tersebut. Situasi ini mendidik masyarakat tentang sesuatu kebaikan dalam bentuk positif atau negative secara bersama-sama sehingga tercetusnya perpaduan antara kaum tersebut iaitu kaum melayu, cina dan india. Hal ini demikian juga kegiatan sukan atau permainan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih kemenangan. Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan sukan atau permainan kerana bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat. Oleh itu, hubungan yang erat dapat melahirkan masyarakat yang harmoni. Justeru, kegiatan sukan atau permainan dapat mendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu padu serta mengeratkan hubungan antara mereka.



SEJARAH SUKAN

Sukan Malaysia dikonsepkan oleh Yang Berhormat Dato Seri Anwar Ibrahim, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1983. Rasional yang dicadangkan adalah sebuah temasya sukan peringkat kebangsaan akan bantu mempertingkatkan mutu sukan, melahirkan dan menggalakkan penyertaan atlet di peringkat negeri dalam sukan , mempertingkatkan prestasi pegawai , menggalakkan pembinaan kemudahan sukan yang baru serta menaikkan taraf kemudahan yang sedia ada di peringkat negeri dan memupuk semangat integrasi nasional dalam kalangan masyarakat Malaysia . Pada mulanya , temasya pertama dicadangkan untuk diadakan dari 15 Ogos hingga 2 September 1985 dan hanya terdiri daripada 6 sukan seperti tennis, ping pong , lumba basikal , olahraga dan bola tampar . Namun , sebuah cadangan baru untuk melibatkan lebih banyak bilangan sukan telah dihantar oleh orang awam kepada dan diterima oleh Majlis Sukan Negara Malaysia yang membuat keputusan untuk menganjurkan temasya sukan setiap dua tahun mulai tahun 1986 dan berselang seli dengan sukan Asia Tenggara .

 

Malaysia telah menganjurkan beberapa acara sukan utama termasuk Sukan Komanwel pada tahun 1998 . Sukan komanwel adalah sebuah acara beraneka sukan yang melibatkan atlet dari negara-negara Komanwel . Acara tersebut diadakan buat julung kali pada tahun 1930 , dan telah dilangsungkan setiap empat tahun ( kecuali tahun 1942 dan 1946 yang dibatalkan kerana Perang Dunia Kedua ) . Dahulunya Sukan Komanwel dikenali sebagai Sukan Empayar British dari tahun 1930 hingga tahun 1950. Sukan Komanwel dan Empayar British dari tahun 1954 hingga tahun 1966 dan Sukan Komanwel British dari tahun 1970 hingga tahun 1974 .Contohnya adalah   lawn bowl, ragbi dan bola jaring .

Sukan Malaysia pertama telah diadakan di Kuala Lumpur dari 19–26 April 1986, disertai oleh 3849 atlet dari 13 negeri Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sukan Malaysia yang ketiga diadakan di Sarawak pada tahun 1990, menjadikannya kali pertama temasya diadakan di negeri tersebut dan kali pertama di Malaysia Timur. Di Sukan Malaysia ke-6 di Pahang pada tahun 1996, Brunei, Labuan dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia membuat penampilan mereka buat kali pertama, manakala Angkatan Tentera Malaysia berhenti menyertai kejohanan tersebut dan Northern Territory Australia hanya menyertai Sukan Malaysia ke-9 di Sabah pada tahun 2002. Di Sukan Malaysia ke-10 pada tahun 2004 di Negeri Sembilan, kedua-dua Majlis Sukan Sekolah-Sekolah dan Majlis Sukan Universiti berhenti menyertai kejohanan tersebut. Di Sukan Malaysia ke-11 pada tahun 2006 di Kedah, kedua-dua pasukan Kuala Lumpur dan Labuan bergabung menjadi pasukan Wilayah Persekutuan berikutan penggabungan pentadbiran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sementara Polis menyertai kejohanan tersebut buat kali yang terakhir.

Sejarah sukan kemungkinannya bermula sejak kewujudan manusia sebagai tujuan bersukan dan makhluk aktif . Sukan merupakan cara berguna bagi manusia meningkatkan kelebihan mereka ke atas alam semulajadi dan persekitaran . Sejarah sukan mampu mengajar kita banyak perkara mengenai perubahan kemasyarakatan dan mengenai sifat semulajadi sukan itu sendiri. Sukan kelihatannya membabitkan asas kemahiran manusia dikembangkan dan dilatih bagi kemahiran itu sendiri, selari dengan dilakukan kerana kegunaannya. Ia turut menunjukkan bagaimana kepercayaan masyarakat berubah dan dengan itu terdapat perubahan dalam peraturannya. Sebenarnya ketika kita pergi semakin jauh dalam sejarah bukti yang semakin sedikit menjadikan teori mengenai asal dan tujuan sukan sukar disokong. Sungguhpun begitu , kepentingannya dalam sejarah manusia tidak dapat dinafikan. 

 

MAKSUD PERPADUAN

  Perpaduan merupakan penyatuan hubungan yang erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan masyarakat atau kumpulan.Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat di negara ini untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta akan negara.Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai pelbagai kaum yang dapat hidup dengan harmoni.Antara kaum di Malaysia iaitu Melayu,Cina,India Kadazandusun dan Iban.Perpaduan ini tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan meyemarakkan lagi isu perkauman di kalangan kaum di negara kita ini.





IMPLIKASI SEKIRANYA TIDAK WUJUD PERPADUAN KAUM

  Implikasi sekiranya masyararakat tidak mewujudkan perpaduan kaum adalah keharmonian negara terjejas.Keharmonian terjejas yang bermaksud tidak ada kesepaduan atau kesepakatan antara masyarakat.Ini menyebabkan keamanan negara,kehidupan dalam harmoni,keadilan dan kerjasama antara masyarakat kepada negara tidak dipupuk serta tidak disempurnakan drngan jaya.Selain itu,keadaan masyarakat sekeliling berasa tidak tenteram,bebas dan maju dengan keyakinan diri sendiri serta bangga dengan apa yang yang dicapai disebabkan tiada perpaduan antara masyarakat di dalam negara kita ini.Ketidakwujudan perpaduan menyebabkan rakyat berasa terkongkong dengan aktiviti aktiviti yang dijalankan adalah terhad.Dengan ini,akan menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat dan akhirnya menyebabkan berlakunya pertelingkahan sesame sendiri.Akhir sekali,wujudnya masyarakat yang tidak bermoral,tidak beretika,tidak bertolak ansur serta tidak kukuh dalam nilai agama.Apabila masyarakat tidak mewujudkan perpaduan maka secara langsung akan wujud masyarakat yang tidak bertolak ansur dan tidak bermoral.Apabila wujud masyarakat seperti ini pergaduhan dan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.Hal ini tidak boleh dibiarkan kerana sekiranya ia tidak dibendung,ia boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan yang teruk. 


CONTOH ATLET SUKAN TERKENAL



 

 

Ø Datuk Nicol Ann David

           


          

Datuk Nicol Ann David dilahirkan pada 26.8.1983, di Negeri Pulau Pinang oleh ibunya seorang yang berketurunan Cina iaitu Mary David hasil perkahwinan campur bersama Mr Desmond David berbangsa India . Datuk Nicol telah mula berjinak dan meminati permainan skuasy semasa beliau masih kecil ketika berusia 5 tahun . Apabila beliau berumur 8 tahun barulah beliau bermain , berlatih serta menyertai pertandingan skuasy . Datuk Nicol Ann David merupakan pemain skuasy profesional kebanggaan setiap lapisan masyarakat di Malaysia . Beliau adalah antara ikon sukan negara yang paling dikasihi dengan pengalaman bersaing di peringkat antarabangsa selama lebih daripada 20 tahun . Beliau merupakan pemain pertama yang berjaya memegang gelaran pemain skuasy no. 1 dunia selama 9 tahun berturut-turut.

Beliau telah mendapat kesemua kejayaan dalam karier beliau , termasuk bergelar juara dunia sebanyak lapan kali , selain memenangi lima pingat emas di Sukan Asia , dua pingat emas di Sukan Komanwel dan 81 gelaran kejuaraan Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA) . Setelah membuat penampilan terakhir sebagai atlet skuasy negara dalam Kejohanan Skuasy Terbuka British pada bulan Mei lepas , Datuk Nicol akan terus aktif dalam membantu membangunkan pelapis-pelapis muda sebagai jurulatih dengan berkongsi ilmu dan kemahiran bersama jurulatih yang sedia ada .

 

Ø Pandelela Rinong

 

 

Pandelela membuat kemunculan persaingan antarabangsa pertama beliau pada tahun 2007 di Kejohanan Remaja Akuatik Asia di mana beliau memenangi empat pingat emas . Di Sukan Asia Tenggara 2007 di Thailand , beliau memenangi pingat emas dalam platform serentak 10m dengan Cheong Jun Hoong  Pandelela membuat penampilan Olimpik pertamanya di Sukan Olimpik Beijing 2008 pada usia 15 tahun . Semasa Kejohanan Akuatik Dunia 2009 beliau memenangi pingat gangsa dalam acara terjunan 10 meter bersama dengan Leong Mun Yee.[17] Beliau juga turut menyertai acara terjunan 10 meter di Sukan Olimpik Musim Panas 2008 di Beijing, China .

 


Beliau adalah pembawa bendera buat Kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Belia 2010 di Singapura di mana beliau memenangi pingat perak dalam acara terjunan 10 meter dan terjunan 3 meter . Pada 2010 di New Delhi, India, beliau memenangi pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan Komanwel 2010 dalam sukan akuatik acara terjunan 10 meter .

Beliau menjadi wanita pertama Malaysia pembawa bendera di Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012 di London. Beliau mencatat sejarah sebagai atlit wanita Malaysia pertama memenangi pingat Olimpik (pingat gangsa) iaitu dalam acara terjunan 10 meter platform Wanita, dan atlet Malaysia kedua memenangi pingat Olimpik 2012 di London selepas Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton . Untuk memperingati kejayaannya , beliau telah dibawakan oleh Johan Bintang Kenyalang oleh Kerajaan Negeri Sarawak, dalam majlis khas yang diadakan di Astana selepas pulang ke tanah airnya . Beliau menjadi atlet pertama Sarawak untuk diberikan anugerah itu .

Pada Kejohanan Akuatik Dunia 2013 di Barcelona , Pandelela dan Mun Yee merangkul pingat gangsa dalam platform serentak 10m dengan 331.14 mata . Beliau juga menduduki tempat keenam dalam acara 10m platform individu . Di Sukan Asia Tenggara 2013 di Naypyidaw, beliau mengekalkan pingat emasnya dalam acara platform 10m .

 

 

Pandelela bersaing pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow. Walaupun mengalami kecederaan lutut , beliau memenangi pingat gangsa dalam platform serentak 10m bersama Nur Dhabitah Sabri . Beliau juga memenangi pingat perak dalam acara 10m platform dengan skor 368.55 mata . Di Sukan Asia 2014 di Incheom . Beliau memenangi pingat gangsa dalam platform 10 meter bersama Leong Mun Yee .

Pada Julai 2015 , Pandelela membuat sejarah apabila beliau menjadi rakyat Malaysia pertama yang menamatkan podium dalam satu acara individu di Kejohanan Akuatik Dunia . Beliau meraih pingat gangsa dalam platform 10 m individu di Kazan dan layak ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 di Brazil . Di Sukan Olimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro , Pandelela memenangi pingat perak dalam platform serentak 10 m dengan Cheong Jun Hoong , menjadi pasukan wanita Malaysia pertama yang memenangi pingat perak di Olimpik . Untuk menghargai pencapaiannya di pada Sukan Olimpik Musim Panas 2016, Pusat Akuatik Sarawak di Petra Jaya , Sarawak secara rasminya dinamakan Pusat Akuatik Pandelela Rinong . Selepas Olimpik Musim Panas 2016 , Pandelela berehat untuk memulihkan kecederaan belakang dan bahu .

Pada Kejohanan Akuatik Dunia 2017 di Budapest , beliau memenangi pingat gangsa dalam 10 meter serentak dengan Cheong Jun Hoong . Beliau menduduki tempat kesembilan dalam acara 10m platform individu yang telah dimenangi oleh pasangannya , Jun Hoong . Di Sukan Asia Tenggara 2017 di Kuala Lumpur , beliau memenangi pingat emas dalam acara pasukan yang baru diperkenalkan dengan Gabriel Gilbert Daim . Beliau juga mengekalkan pingat emasnya dalam acara platform 10m individu .

 


Ø Datuk Lee Chong Wei

 


Atlet badminton no. 1 negara ini merupakan idola bagi setiap peminat sukan tanah air. Selain memenangi beberapa kejohanan dunia seperti Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, beliau juga pernah berjaya menduduki tempat pertama di tahap antarabangsa selama 349 minggu. Antara pencapaian beliau yang paling membanggakan di persada dunia termasuk memenangi pingat emas dalam acara Perseorangan Lelaki di Sukan Komanwel pada tahun 2006, 2010 dan 2018 serta memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Beijing 2008, London 2012 dan Rio de Janeiro 2016.

Beliau telah mengumumkan persaraan dari sukan itu badminton/tersebut pada 13 Jun 2019 atas faktor kesihatan dan kini dilantik sebagai Ketua Kontinjen Malaysia (Chef de Mission) oleh Majlis Olimpik Malaysia untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020. Kejayaan Datuk Lee Chong Wei serta tahap komitmen yang luar biasa beliau perlu dijadikan iktibar buat generasi muda yang ingin mengikut jejak langkah beliau dalam mencapai kejayaan dalam bidang yang ingin diceburi.

 


Ø Azizulhasni Awang

                       

                         



    Mohammad Azizulhasni bin Awang, KMN ( lahir 5 Januari 1988 ) ialah seorang pelumba basikal trek profesional Malaysia . Azizul Hasni terkenal selepas memenangi kejuaraan lumba basikal dunia di Melbourne Australia pada Januari 2009 serta pingat emas acara keirin dan pecut 200m Kejohanan Trek Asia pada April 2008 . Beliau merupakan pembawa bendera untuk pasukan kebangsaan Malaysia di Sukan Olimpik Beijing 2008 . Beliau diberi tunjuk ajar Azizul the pocketrocketman kerana tubuh badannya yang kecil . Azizul merupakan pelumba yang kini menduduki Ranking Pertama di Dunia bagi acara Keirin . Selain kejayaannya , Azizul juga terkenal dengan sikap tidak mengaku kalah apabila meneruskan kayuhan walaupun , betisnya tertusuk serpihan kayu sepanjang 20cm ketika bertanding acara keirin pada Siri Piala Dunia Klasik UCI (International Cycle Union) di Manchester , England pada Februari 2011 . Beliau berjaya menamatkan perlumbaan itu di tempat ketiga . 

    Selain itu , dikenali sebagai The Pocket Rocketman , atlet kelahiran Dungun, Terengganu ini telah mencipta sejarah sebagai pelumba basikal pertama negara meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil . Antara kejayaan lain beliau termasuk memenangi pingat emas dalam Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI 2017 di Hong Kong, pingat perak pada Kejohanan Dunia 2009 dalam kategori pecut dan pingat perak pada Kejohanan Dunia 2010 dalam kategori keirin. Selain itu, beliau juga dinamakan sebagai Olahragawan Kebangsaan pada Majlis Anugerah Sukan Negara 2017 serta menjadi pembawa bendera Jalur Gemilang dalam acara pembukaan rasmi Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur. Beliau akan menyahut cabaran dalam penyumbangan emas pertama negara di Sukan Olimpik yang akan berlangsung di Tokyo , Jepun pada tahun hadapan .

 




 

Ø Julian Yee




     Julian Yee bukan sahaja telah meraih kejayaan dalam memenangi pingat emas dalam acara luncur ais berirama lelaki di Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, malah beliau merupakan atlet luncur ais pertama negara mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan! Atlet kelahiran Petaling Jaya tersebut telah menduduki tempat keenam pada Kejohanan Trofi CS Nebelhorn ke-49 di Jerman pada tahun 2017 yang melayakkan beliau ke Pyeongchang 2018 selain menjadi atlet pertama negara yang berjaya menyertai Kejohanan Luncur Ais Berbunga Dunia (World Figure Skating Championships) . Tambahan pula, Julian telah meraih kejayaan sebagai juara sebanyak lima kali dalam kejohanan negara sebelum mewakili negara dalam Sukan SEA 2017 .

 



 

Ø Faiz Subri

 

 


          Mohd Faiz Subri, ASK , (lahir pada 8 November 1987) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang beraksi bersama Pulau Pinang sebagai pemain tengah atau penyerang . Mohd Faiz merupakan pemain bola sepak pertama dari Benua Asia yang memenangi Anugerah Puskás FIFA 2016 yang mana diumumkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dalam majlis anugerah yang berlangsung di Zurich, Switzerlan.

          Faiz dilahirkan dan dibesarkan di Ayer Hitam,  Kedah . Beliau adalah yang ketiga daripada lima adik beradik . Beliau menerima pendidikan rendah dan menengah di Kedah , di Sekolah Kebangsaan Tengku Laksamana dan Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai , sebelum memindahkan ke Sekolah Menengah Teknik Arau di Perlis . Faiz bermain bersama skuad muda Kedah FA dari 2006 hingga 2009. Dia beralih ke KSK Tambun Tulang, sebuah kelab di Perlis pada 2009 yang bermain di Liga FAM, dan juga skuad Piala Emas Raja-Raja Perlis . Kemudian Faiz bersama skuad Perlis FA pada awal 2010.

          Musim 2012 , Faiz menandatangani kontrak satu tahun dengan pasukan T-Team FC . Bagi musim 2013 pula, Faiz menandatangani kontrak bersama rakan sepasukan di T-Team , Zairo Anuar Zalani . Pada bulan April 2013, Faiz menyertai pasukan Kelantan FA. Selepas beliau menabur bakti bersama Kelantan sehingga akhir 2014 , Faiz kemudiannya menandatangani kontrak bersama Pulau Pinang FA untuk musim 2015 . Beliau membantu Pulau Pinang dinaikkan ke Liga Super Malaysia 2016 selepas muncul naib juara Liga Perdana Malaysia 2015. Pada tahun 2012 dan 2013 , Faiz buat pertama kalinya dipanggil mewakili skuad kebangsaan Malaysia ketika dibawah kendalian Datuk K. Rajagobal . Walaupun dipanggil , beliau tidak pernah membuat penampilan dan seringkali memanaskan bangku simpanan . Pada Ogos 2015, beliau kembali dipanggil mewakili skuad kebangsaan dibawah kendalian Dollah Salleh . Beliau dipanggil berikutan aksinya yang mantap bersama Pulau Pinang FA .


 







Ø Ziyad Zolkefli

 

 

          Setelah Ridzuan Puzi meraih kemenangan pingat emas pertama untuk negara , tiba pula Ziyad Zolkefli mencipta sejarah sukan negara pada Sukan Paralimpik Rio 2016. Beliau bukan sahaja berjaya menyumbang pingat emas kedua negara dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) , malah sekaligus berjaya memecahkan rekod dunia dengan catatan 16.84 meter berbanding rekod dunia sejauh 16.29 meter yang dicatatkan oleh Todd Hodgetts dari Australia pada Sukan Paralimpik London 2012 .  Pada tahun berikutnya , Ziyad sekali lagi berjaya memecahkan rekod dunia pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London dengan melakukan lontaran sejauh 17.29 meter. Kehidupan sebagai peniaga char kuey teow di Jalan Tunku Abdul Rahman memotivasi beliau agar berusaha keras dan sentiasa gigih tanpa kenal erti lelah demi mencapai impian menjadi atlet Paralimpik bertaraf dunia . Melampaui batas fizikal, beliau telah berjaya memperoleh kemenangan yang membanggakan serta mengharumkan nama negara di temasya sukan antarabangsa .

 

 



  

Ø Khairul Idham Pawi


 

 

          Diberi jolokan sebagai “Super Kip”, pelumba motosikal kelahiran Perak tersebut telah melakar sejarah sukan pemotoran negara dengan menjuarai Kejohanan MotoGP Dunia dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina 2016 dan Jerman 2016. Beliau turut mencipta kejutan selaku atlet pemotoran negara pertama yang menaiki podium selepas tamat di tempat kedua pada Kejuaraan Dunia Remaja Moto3 CEV Repsol 2016 di Le Mans, Perancis . Pada ketika itu, Khairul merupakan pelumba motosikal negara termuda yang mengungguli kejayaan di peringkat antarabangsa pada usia 17 tahun! Sebelum menyertai kejohanan peringkat antarabangsa sebagai pelumba profesional pada tahun 2015, Khairul telah memenangi kejuaraan pertama dalam saingan Piala Impian Asia (Asian Dream Cup) pada tahun 2013 dan pernah menjuarai tempat pertama dalam persaingan tersebut pada tahun berikutnya. Tahun ini menyaksikan “Super Kip” berentap dalam kategori Moto2 bersama pasukan Petronas Sprinta Racing Team dan menjadi antara tumpuan penting pada Grand Prix Motosikal Malaysia 2019 yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, 1 hingga 3 November ini.

 



 

Ø Latif Romly




          Semangat #KitaLuarBiasa di pentas Sukan Paralimpik Rio 2016 diteruskan oleh kehebatan Latif Romly dengan satu lagi pencapaian luar biasa untuk negara di temasya sukan tersebut. Beliau telah berjaya menghadiahkan pingat emas ketiga negara dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual), setelah menewaskan pesaing-pesaing lain dengan catatan 7.60 meter dalam lompatan kelima. Dengan kejayaan tersebut juga, terciptanya rekod dunia baharu, mengatasi rekod lama yang juga milik beliau iaitu 7.35 meter yang dicatat pada Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar pada tahun 2015. Ramalan telah ditepati kerana Latif merupakan antara atlet yang disebut-sebut sebagai prospek untuk memenangi pingat dalam Sukan Paralimpik 2016 selain mencatat kejayaan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Sarawak.

 







 

Ø Farah Ann Abdul Hadi

 



          Banyak atlet hebat mula awal . Bagi Abdul Hadi , dia memulakan gimnastik pada usia tiga tahun. Beliau sejak itu bertanding sebagai gimnas seni dalam Sukan SEA, memenangi empat pingat emas dalam pasukan dan kategori latihan lantai. Latihannya yang ketat membawa kepada punggung retak , dan dia terpaksa mengambil satu tahun dari pertandingan untuk pulih . Tetapi pernah menjadi atlet yang kompetitif, dia tidak membiarkannya menghentikan latihannya. Dari semua persembahannya, dia menganggap beliau menunjukkan pada Sukan Komanwel 2014 untuk menjadi yang terbaik. Para hakim mesti setuju dengannya kerana mereka memberikannya emas.






OBJEKTIF SUKAN DAN PERPADUAN

*Perpaduan kaum dapat dicapai melalui penglibatan dalam bidang sukan bertujuan untuk mengkaji sejauh mana bidang sukan menjadi salah satu instrumen dalam menghidupkan perpaduan kaum di Malaysia.

*Mengenalpasti sejauh manakah tahap patriotisma dapat dibentuk dalam diri individu dan masyarakat.

*Cadangan dan harapan masyarakat yang perlu diteliti dan diperhalusi supaya bidang sukan dapat ditambah baik bagi mengeratkan perpaduan antara kaum.


Kepentingan sukan dan perpaduan

            Sukan adalah cara yang terbaik untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat dan pelbagai kaum di setiap negara.Selain itu sukan juga dapat menerapkan sikap nilai murni dalam diri setiap individu,dimana masyarakat akan belajar berinteraksi dan berkomunikasi secara meluas antara pelbagai kaum.Oleh hal yang demikian, mereka akan mengenali antara satu sama lain malahan dapat mewujudkan semangat kekitaan dalam diri masing-masing.Seperti yang disedia maklumkan bahawa masyarakat perlulah melakukan aktiviti sukan walau apa jua sukan sekalipun.Pentingnya bersukan adalah kerana sukan dapat membentuk jati diri dan membina sahsiah diri serta memperbaik keseimbangan emosi seseorang. Masyarakat boleh melakukan apa jua aktiviti sukan sama ada sukan indoor atau outdoor seperti bola sepak,futsal,badminton dan bukan sahaja permainan tradisional.Tujuan utama kita adakan sukan adalah untuk memantapkan perpaduan pelbagai kaum disamping dapat memupuk amalan hidup sihat dan untuk jadikan Malaysia sebagai negara yang bersukan.Oleh itu ,untuk membuktikan bahawa sukan dapat memupuk perpaduan ialah dengan melihat perwatakan anak-anak muda atau orang dewasa yang mana mereka saling menyokong dan bersorak bersama-sama sekiranya pertandingan sukan di adakan seperti pertandingan bola sepak yang dimainkan di stadium.Sukan menjadi penjana dalam mempertahankan keharmonian dan kesejahteraan negara.Keamanan negara juga dapat dicapai sekiranya setiap negara menitikberatkan fungsi sebenar sukan dalam membentuk hubungan global yang baik.Jadi jelaslah bahawa sukan adalah aktiviti yang penting bagi setiap individu.




Kenapa perpaduan diidamkan oleh setiap negara?

             Sukan adalah kuasa untuk mengubah dunia.Bayangkan sekiranya sukan telah diterapkan dalam kehidupan masing-masing,negara akan menjadi aman damai kerana sikap dan tingkah laku masyarakat yang harmoni. Tambahan pula,Ia dapat mengeratkan hubungan dan mengekalkan perpaduan dalam negara.Malahan sukan juga dapat mengharumkan nama negara.Ini kerana masyarakat tidak mementingkan diri sendiri dan saling bekerjasama tidak kira apa jua kaum sama ada kaum Melayu,kaum Cina dan India dalam melakukan pelbagai aktiviti.Aktiviti sukan meletakkan kemenangan dan kegagalan pada perspektif yang betul.Kalah atau menang adalah adab pertandingan.Jadi tidak perlu untuk bergaduh dan bertengkar antara satu sama lain sekiranya kalah dalam pertandingan.Dengan kegagalan kita akan beroleh pengalaman dan dapat membangkitkan usaha dalam diri sehingga memperolehi kemenangan.Sukan juga dapat memberi peluang kepada anak-anak muda untuk menjadi etnik yang berjaya.Dengan ini mereka akan menggunakan masa mereka dengan perkara yang berfaedah dan tidak sia-siakan masa yang ada.Sekiranya perluang ini terbuka luas maka mereka juga dapat mencungkil bakat yang terpendam dalam diri masing-masing.Di samping itu ia dapat melahirkan keperibadian yang unggul dan dapat membentuk tingkah laku disiplin yang baik kerana setiap permainan mempunyai peraturan-peraturannya sendiri.

KESIMPULAN

           Akhir kalam, penglibatan dalam bidang sukan atau permainan akan membawa pelbagai faedah kepada masyarakat. Oleh itu, semua lapisan masyarakat amat digalakkan untuk menyertai semua jenis aktiviti sukan atau permainan kerana ia dapat melahirkan masyarakat yang sihat, bersatu padu,berdaya saing dan berdaya maju. Semua kebaikan sukan atau permainan tadi memang boleh terserlah apabila ia dimajukan dengan sebaik mungkin. Ia juga mampu mengangkat martabat rakyat dan negara di persada antarabangsa agar mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yanglain. Semua pihak terutama ibu bapa perlulah memberikan sokongan dan dorongan apabila analk mereka ingin terlibat dalam sesuatu acara sukan atau permainan itu. Ada satu slogan yang menyatakan majulah sukan untuk negara harus dipegang oleh setiap lapisan insan Malaysia jika kita mahu acara sukan ini terus mendat tempat dalam jiwa rakyat. Sesungguhnya sukan atau permainan sangat berfaedah kepada individu, masyarakat dan negara. Dengan ini, kegiatan sukan wajar digalakkan kepada semua lapisan masyarakat tidak mengira kaum dan bangsa. Disamping itu, kita mestilah memelihara dan pertahankan warisan nenek moyang yang sangat bermakna itu. Oleh itu, sukan dapat membantu tahap kesihatan diri dan mental bagi seseorang individu terutamanya bagi remaja dan kanak-kanak. Akhir sekali, sukan juga dapat mengeratkan hubungan antara pemain dengan penonton yang tidak kira apa latar belakang masing-masing maka usaha untuk memupuk dan memperkukuhkan semangat nasionalisme, integrasi sosial, saling menghormati dan toleransi seharusnya dikekalkan bukan sahaja di dalam gelanggang bahkan juga di luar gelanggang. Ternyata, bidang sukan benar-benar menjadi salah satu menyatupadukan masyarakat di Malaysia. Bidang sukan juga memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat dan dapat menyatupadukan masyarakat. 


LAMPIRAN/ GAMBAR









Ulasan

Catat Ulasan